Jumaat, 30 Julai 2010

Pelupusan Buku Teks Lama





Pada 29 Julai 2010 - Pelupusan buku-buku teks lama telah dilakukan di sekolah ini. Lebih kurang 3000 buah buku dilupuskan. Buku-buku tersebut telah digunakan sejak tahun 2000 lagi. Pelupusan tersebut telah dilakukan oleh Penyelia Pelajaran Daerah Kunak (Unit HEM), Cik Hajjah Rosellah Tahir serta disaksikan oleh Guru Besar SK. Skim Kokos, Encik Ahmadidin Rosidin, Penolong Kanan HEM Encik Herman Rahim dan Guru SPBT sekolah Puan Norlina Mat Ali. Oleh Herman Rahim

Ceramah Penyakit MALAGI (Malaria dan Denggi)





Pada 15 Julai 2010 - Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kunak telah mengadakan satu sesi ceramah penyakit MALAGI. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Mustapa Turun. Dengan adanya ceramah tersebut semua pelajar di sekolah ini dapat mengetahui tentang penyakit malaria dan denggi yang melanda negara ketika ini. Cara untuk mengawal dan mengelak penyakit ini diterangkan. Tanda-tanda penyakit malaria dan denggi dan kesannya terhadap tubuh manusia dijelaskan agar pelajar lebih mengetahui dan dapat menghindarinya. Oleh Herman Rahim

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)





Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) diberikan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pendapatan RM400 sebulan atau perkapita RM80. Seramai 47 orang pelajar yang layak menerima bantuan tersebut. Ia diadakan semasa waktu rehat iaitu pada jam 9.40 pagi hingga jam 10.00 pagi. Oleh Herman Rahim