Selasa, 27 April 2010

PELANCARAN KEMPEN ANTI SAMPAH



Majlis Pelancaran Kempen Anti Sampah telah disempurnakan oleh Encik Ahmadidin Rosidin Guru Besar SK Skim Kokos. Majlis diadakan secara ringkas iaitu semasa Perhimpunan Pagi pada hari Isnin bersamaan 26hb April 2010. Oleh Herman Rahim

KEMPEN PENGHIJAUAN BUMI





Pada 24hb April 2010 sekolah ini sama-sama menyertai Kempen Penghijauan Bumi. Beberapa batang pokok telah ditanam ditebing sungai yang terdapat di sekolah ini. Oleh Herman Rahim

KENANGAN KEM MOTIVASI




Ahad, 25 April 2010

KEMPEN ANTI SAMPAH


Kempen Anti Sampah yang dianjurkan oleh J/Kuasa 3K Sekolah ( Kebersihan ) akan diadakan selama seminggu bermula 26 sehingga 30hb. April 2010. Kempen tersebut bertemakan " SEKOLAH BERSIH TANPA SAMPAH ". Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Encik Ahmadidin Rosidin ( Guru Besar SK. Skim Kokos ) pada 26hb April 2010 ( Isnin ).

Pengenalan
Kempen anti Sampah merupakan sebuah program yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Persekitaran yang bersih memberi ruang pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar. Suasana yang ceria, dan kelas yang bersih mewujdukan persekitaran yang membantu untuk memberangsangkan minat belajar. Berbekalkan kesedaran menjaga kebersihan, Sekolah Kebangsaan Skim Kokos telah berusaha mengadakan kempen ini bagi menyahut seruan kerajaan “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Objektif Program
i) Membendung sikap gejala suka membuang sampah merata-rata di kalangan murid-murid.
ii)Membina dan menyemaikan semangat menjaga kebersihan di kalangan murid.
iii)Menyemai sifat menyayangi sekolah, bilik darjah, dan alam sekitar
iv) Menggalakkan murid agar sentiasa bersih, sihat dan cergas
v) Mengetahui kesan dan akibat suka membuang sampah.

Atur cara program:
01 26hb April 2010 Kempen Guna Semula.
02 27hb April 2010 Pertandingan menghias Bakul sampah.
03 28hb April 2010 Pertandingan melukis poster Tahap 2.
04 29hb April 2010 Pertandingan mewarna Tahap 1.
05 30hb April 2010 Membuat penanda buku bertema “Sekolah bersih Tanpa Sampah”.

Rabu, 21 April 2010

KEM MOTIVASI 2010

Program Kem Motivasi 2010 anjuran Hal Ehwal Murid ( Unit Bimbingan dan Kaunseling )akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat : Sk Skim Kokos, Kunak

Masa : 7.00 am - 5.00 pm

Tarikh : 22 - 24 April 2010

Peserta : Semua murid Tahun 4,5 dan 6.

Isnin, 19 April 2010

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH SESI 2011

PERHATIAN... kepada ibubapa, penjaga dan masyarakat sekitar Kampung Skim Kokos.

Pendaftaran kemasukan murid tahun satu dan pra sekolah sesi 2011 telah dibuka bermula 07hb April hingga 30hb April 2010. Ibubapa yang berkenaan dijemput hadir ke sekolah semasa waktu pejabat untuk mendapatkan borang yang perlu dilengkapkan.

Sekian terima kasih.

Jumaat, 9 April 2010

KAWAT PENGOSONGAN BANGUNAN SEKOLAH




Pada 26 Mac lepas satu Latihan Kawat Pengosongan Bangunan telah diadakan. Latihan ini adalah bertujuan bagi melihat sejauh mana pelajar dapat bergerak dari kelas ke tapak kecemasan dengan cepat dan selamat, sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Latihan diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak.
Semasa latihan tersebut satu sesi taklimat keselamatan kebakaran diadakan khususnya kepada guru-guru dan pelajar sekolah ini yang telah disampaikan oleh Encik Stefanus Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak.