Isnin, 19 April 2010

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH SESI 2011

PERHATIAN... kepada ibubapa, penjaga dan masyarakat sekitar Kampung Skim Kokos.

Pendaftaran kemasukan murid tahun satu dan pra sekolah sesi 2011 telah dibuka bermula 07hb April hingga 30hb April 2010. Ibubapa yang berkenaan dijemput hadir ke sekolah semasa waktu pejabat untuk mendapatkan borang yang perlu dilengkapkan.

Sekian terima kasih.

Jumaat, 9 April 2010

KAWAT PENGOSONGAN BANGUNAN SEKOLAH




Pada 26 Mac lepas satu Latihan Kawat Pengosongan Bangunan telah diadakan. Latihan ini adalah bertujuan bagi melihat sejauh mana pelajar dapat bergerak dari kelas ke tapak kecemasan dengan cepat dan selamat, sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Latihan diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak.
Semasa latihan tersebut satu sesi taklimat keselamatan kebakaran diadakan khususnya kepada guru-guru dan pelajar sekolah ini yang telah disampaikan oleh Encik Stefanus Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak.

Ahad, 21 Februari 2010

Program Penjagaan Kesihatan Gigi


Program Penjagaan Kesihatan Gigi Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan disekolah ini. Program tersebut diadakan selama seminggu. Semua pelajar sekolah ini telah diperiksa tahap kesihatan gigi mereka, beberapa prosuder seperti nasihat penjagaan, penampalan gigi yang berlubang dan menanggalkan gigi yang tak boleh dirawat. Dengan adanya program seperti begini para pelajar akan lebih mengetahui tentang perlunya seseorang senantiasa menjaga kesihatan gigi.

Isnin, 1 Februari 2010




Sesi Ceramah Penjagaan Kesihatan Gigi, yang disampaikan oleh Unit Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan disekolah ini. Sasaran ceramah terhadap kesemua pelajar sekolah. Seramai 131 orang pelajar telah mengikuti. Ceramah disampaikan dalam 3 sesi iaitu untuk pelajar pra sekolah, tahap 1 ( Tahun 1,2,dan 3 ), dan tahap 2 ( Tahun 4, 5, dan 6 ). Diantara isi ceramah ialah bagaimana cara penjagaan gigi agar senantiasa bersih dan sihat. Disamping itu turut diterangkan ialah cara merawat penyakit dan beberapa jenis penyakit gigi yang sering dialami pelajar. Unit Kesihatan Sekolah yang diselaraskan oleh Puan Siti Mariani Dunia mengucapkan setinggi penghargaan kepada Unit Pergigian Daerah Kunak diatas kesudian memberikan ceramah tersebut.

Rabu, 27 Januari 2010

BADAN CERGAS MINDA CERDAS




Bagi melahirkan pelajar dan guru sihat dan cergas, aktiviti senamrobik telah diadakan semasa penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah. Senamrobik tersebut turut melibatkan ibubapa bagi mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dengan ibubapa, ibubapa dengan guru dan guru dengan pelajar. Disamping itu aktiviti sukaneka juga turut diadakan.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS



Pada minggu kedua persekolahan, satu aktiviti Unit Disiplin telah diadakan iaitu Kursus Kepimpinan Pengawas bagi pelajar yang baru terpilih untuk sesi 2010. Seramai 15 orang pelajar yang dilantik dan kesemua mereka mengikuti aktiviti tersebut. Ceramah telah disampaiakan oleh Encik Herman Rahim ( PK HEM ) dan Encik Dzulkarnain Haji Mickley ( Penyelaras Unit Disiplin ).

Selasa, 26 Januari 2010

KANTIN SEKOLAH KELAS 'B'



Kantin sekolah Sk Skim Kokos, terus berusaha mempertingkatkan tahap pengurusan, keceriaan dan kebersihan. Pihak Kementerian Kesihatan telah mengkatogerikan kantin ini di tahap 'B'.