Khamis, 17 November 2011

KANTIN SEKOLAH JOHAN, TANDAS KETIGA

KUNAK- Kantin SK. Skim Kokos telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kantin serta Tandas Sekolah Peringkat Daerah Kunak bagi Zon 2 ( SK. Skim Kokos, SK. Ladang Binuang, SK. Ladang Giram, SK. Ladang Tun Fuad dan SK. Ladang Mostyn ). Manakala Tandas sekolah ini menduduki tangga ketiga dibelakang SK. Ladang Binuang dan SK. Ladang Mostyn.
Guru Besar sekolah ini mengucapkan syabas kepada guru-guru dan pengusaha kantin serta pembersihan kerana dapat memberikan kerjasama yang erat sehingga boleh meraih kejayaan, beliau berharap komitmen yang ditunjukkan oleh pihak terlibat dapat diteruskan serta dipertingkat lagi bagi menjamin kelangsungan kejayaan. Penolong Kanan HEM juga merakamkan terima kasih terhadap guru-guru yang telah banyak memberikan kerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalan di sekolah ini.

Ahad, 25 September 2011

PENUTUPAN KEM MOTIVASI 2011







Diucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak, yang sudi menerima lawatan sekolah seterusnya menjadikan lokasi Majlis Penutupan Kem Motivasi 2011. Aktiviti yang diadakan ialah flying fox, senaman, up sailing, jamuan penutupan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang bertungkus-lumus menjayakan kem ini yang dijalankan selama 3 hari. Oleh Herman Rahim

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH








Bulan kemerdekaan telah diadakan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2011. Sepanjang program ini, sekolah dikibarkan dengan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Selain itu, setiap kelas membuat kain rentang yang bertemakan kemerdekaan. Pertandingan mewarna dan melukis poster juga turut diadakan. Oleh Herman Rahim

Jumaat, 30 Julai 2010

Pelupusan Buku Teks Lama





Pada 29 Julai 2010 - Pelupusan buku-buku teks lama telah dilakukan di sekolah ini. Lebih kurang 3000 buah buku dilupuskan. Buku-buku tersebut telah digunakan sejak tahun 2000 lagi. Pelupusan tersebut telah dilakukan oleh Penyelia Pelajaran Daerah Kunak (Unit HEM), Cik Hajjah Rosellah Tahir serta disaksikan oleh Guru Besar SK. Skim Kokos, Encik Ahmadidin Rosidin, Penolong Kanan HEM Encik Herman Rahim dan Guru SPBT sekolah Puan Norlina Mat Ali. Oleh Herman Rahim

Ceramah Penyakit MALAGI (Malaria dan Denggi)





Pada 15 Julai 2010 - Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kunak telah mengadakan satu sesi ceramah penyakit MALAGI. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Mustapa Turun. Dengan adanya ceramah tersebut semua pelajar di sekolah ini dapat mengetahui tentang penyakit malaria dan denggi yang melanda negara ketika ini. Cara untuk mengawal dan mengelak penyakit ini diterangkan. Tanda-tanda penyakit malaria dan denggi dan kesannya terhadap tubuh manusia dijelaskan agar pelajar lebih mengetahui dan dapat menghindarinya. Oleh Herman Rahim

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)





Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) diberikan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pendapatan RM400 sebulan atau perkapita RM80. Seramai 47 orang pelajar yang layak menerima bantuan tersebut. Ia diadakan semasa waktu rehat iaitu pada jam 9.40 pagi hingga jam 10.00 pagi. Oleh Herman Rahim

Jumaat, 7 Mei 2010

Penutupan Kempen Anti Sampah




Pada 3hb Mei 2010 (Hari Isnin), Majlis Penutupan Kempen Anti Sampah telah diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah ini. Di majlis ini, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Menghias Bakul Sampah, Melukis Poster dan Mewarna serta Membuat Penanda Buku Anti Sampah telah diadakan. Unit HEM dan Jawatankuasa 3K (Kebersihan)mengharapkan selepaskempen ini, semua warga sekolah dapat menjaga kebersihan persekitaran sekolah tanpa sedikit sampah. Oleh Herman Rahim

Selasa, 27 April 2010

PELANCARAN KEMPEN ANTI SAMPAH



Majlis Pelancaran Kempen Anti Sampah telah disempurnakan oleh Encik Ahmadidin Rosidin Guru Besar SK Skim Kokos. Majlis diadakan secara ringkas iaitu semasa Perhimpunan Pagi pada hari Isnin bersamaan 26hb April 2010. Oleh Herman Rahim

KEMPEN PENGHIJAUAN BUMI





Pada 24hb April 2010 sekolah ini sama-sama menyertai Kempen Penghijauan Bumi. Beberapa batang pokok telah ditanam ditebing sungai yang terdapat di sekolah ini. Oleh Herman Rahim

KENANGAN KEM MOTIVASI




Ahad, 25 April 2010

KEMPEN ANTI SAMPAH


Kempen Anti Sampah yang dianjurkan oleh J/Kuasa 3K Sekolah ( Kebersihan ) akan diadakan selama seminggu bermula 26 sehingga 30hb. April 2010. Kempen tersebut bertemakan " SEKOLAH BERSIH TANPA SAMPAH ". Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Encik Ahmadidin Rosidin ( Guru Besar SK. Skim Kokos ) pada 26hb April 2010 ( Isnin ).

Pengenalan
Kempen anti Sampah merupakan sebuah program yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Persekitaran yang bersih memberi ruang pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar. Suasana yang ceria, dan kelas yang bersih mewujdukan persekitaran yang membantu untuk memberangsangkan minat belajar. Berbekalkan kesedaran menjaga kebersihan, Sekolah Kebangsaan Skim Kokos telah berusaha mengadakan kempen ini bagi menyahut seruan kerajaan “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Objektif Program
i) Membendung sikap gejala suka membuang sampah merata-rata di kalangan murid-murid.
ii)Membina dan menyemaikan semangat menjaga kebersihan di kalangan murid.
iii)Menyemai sifat menyayangi sekolah, bilik darjah, dan alam sekitar
iv) Menggalakkan murid agar sentiasa bersih, sihat dan cergas
v) Mengetahui kesan dan akibat suka membuang sampah.

Atur cara program:
01 26hb April 2010 Kempen Guna Semula.
02 27hb April 2010 Pertandingan menghias Bakul sampah.
03 28hb April 2010 Pertandingan melukis poster Tahap 2.
04 29hb April 2010 Pertandingan mewarna Tahap 1.
05 30hb April 2010 Membuat penanda buku bertema “Sekolah bersih Tanpa Sampah”.

Rabu, 21 April 2010

KEM MOTIVASI 2010

Program Kem Motivasi 2010 anjuran Hal Ehwal Murid ( Unit Bimbingan dan Kaunseling )akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat : Sk Skim Kokos, Kunak

Masa : 7.00 am - 5.00 pm

Tarikh : 22 - 24 April 2010

Peserta : Semua murid Tahun 4,5 dan 6.