Ahad, 25 April 2010

KEMPEN ANTI SAMPAH


Kempen Anti Sampah yang dianjurkan oleh J/Kuasa 3K Sekolah ( Kebersihan ) akan diadakan selama seminggu bermula 26 sehingga 30hb. April 2010. Kempen tersebut bertemakan " SEKOLAH BERSIH TANPA SAMPAH ". Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Encik Ahmadidin Rosidin ( Guru Besar SK. Skim Kokos ) pada 26hb April 2010 ( Isnin ).

Pengenalan
Kempen anti Sampah merupakan sebuah program yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Persekitaran yang bersih memberi ruang pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar. Suasana yang ceria, dan kelas yang bersih mewujdukan persekitaran yang membantu untuk memberangsangkan minat belajar. Berbekalkan kesedaran menjaga kebersihan, Sekolah Kebangsaan Skim Kokos telah berusaha mengadakan kempen ini bagi menyahut seruan kerajaan “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Objektif Program
i) Membendung sikap gejala suka membuang sampah merata-rata di kalangan murid-murid.
ii)Membina dan menyemaikan semangat menjaga kebersihan di kalangan murid.
iii)Menyemai sifat menyayangi sekolah, bilik darjah, dan alam sekitar
iv) Menggalakkan murid agar sentiasa bersih, sihat dan cergas
v) Mengetahui kesan dan akibat suka membuang sampah.

Atur cara program:
01 26hb April 2010 Kempen Guna Semula.
02 27hb April 2010 Pertandingan menghias Bakul sampah.
03 28hb April 2010 Pertandingan melukis poster Tahap 2.
04 29hb April 2010 Pertandingan mewarna Tahap 1.
05 30hb April 2010 Membuat penanda buku bertema “Sekolah bersih Tanpa Sampah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan